11 December 2013

Aku Cemburu

Aku cemburu akan orang-orang disekitarmu
Aku cemburu kepada mereka yang
Setiap saatnya dapat bertemu denganmu
Tanpa terhalang jarak dan waktu--

Demi Tuhan aku cemburu
Kepada mereka yang selalu mampu menikmati
Senyum dan tawamu
Dan aku cemburu kepada orang-orang yang
Disekelilingmu yang sering berkomunikasi 
Dengan mu bila-bila pun--

Katakan pada mereka bahawa aku
Mencemburuinya--

10 December 2013

Salahkah Aku

Kemana kau menghilang.
Rindu pada kau.
Rindu untuk manatap air muka kau.
Rindu akan senyuman kau.
Walaupun aku tahu bukan aku
kau mahu lemparkan senyuman 
itu--

Aku berharap kau baik baik sahaja disana
Kau rasa aku tunggu kau tuk muncul
depan aku--
Aku harap begitu, kau juga
Jangan lupa akan aku
Aku berserah pada yang maha Esa
Adakah kau punyai aku?

Berharap itu pasti.



1 November 2013

Kenangan Tersemat Rapi.

Aku baru dapat tahu yang Hazama dah ada kekasih.
Dan lebih mengejutkan lagi, kekasih dia bukan aku.
Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.

Tanggal 29 Oktober 2013
tamatlah sudah riwayat seorang anak gadis
sebagai pelajar jurusan Diploma Akauntansi.
Siapa kata 3 tahun itu terlalu lama?
Beb, sekejap je beb.
Percayalah kata kata mak ni beb.
Mungkin yang kata lama sangat itu
mungkin dia tak ada life dengan kawan kawan
dia agaknya.
Ah! tak kisah lah !
Janji ada orang sayang kau.

Mula mula macam orang bodoh.
Yelah pendatang baru.
Mana kenal masing masing ketika itu.
Yang aku kenal Farah dengan Bum je.
Itu pun sebab diorang classmate zaman sekolah
menengah aku dulu.
Aku bersyukur lah sebab ada yang kenal.
Kau ingat aku ni peramah bebenor ke nak
tegur say hai nama siapa asal mana ambil kos apa
semua. memang tak lah.
Aku penyegan sangat. Pemalunya ! Blerkkk !

Tapi nak kemana aku kalau
dibawa sikap pemalu tu?
memang tak kemana lah jawabnya.
duduk termenung termangu
dalam fikiran Haihh, bilalah kau nak masuk
minang aku ni?  
Dah lama aku tunggu kau
dari semester tiga lagi.
Rindunya pada engkau.

Selepas itu seorang demi seorang aku kenal.
Bila dah lama kenal, mulalah masing masing
buat perangai. Apa? Perangai cilaka mereka lah !
HAHAHAHA_______
Otak semua masuk air. Ting Tong.
Lebih ting tong daripada Akmal Ting Tong.
Bila bergurau tu sampai tercabut lah pin tudung.
Manjang gelak je lah. Manjang buat lawak.
Tak ada istilah lawak sopan
dalam kalangan kami.
Lawak cibai tahu?
Kena search dululah kalau tak tahu.

Tapi itu semua adalah kenangan yang tak ada dijual dimana mana.
Hanya aku sahaja yang merasainya.
Indahnya ketika itu.
Sekarang masing masing dah masuk ke  "lorong" mereka.
Kita dah tak sama" lorong" lagi.
Susah nak lepak sama lagi.
HUH ! Mengeluh lalu lap peluh. Panas.
Apa yang aku rasa biarlah aku yang simpan.
Simpan dalam kocek yang keemasan.
Emas kan mahal.
Bila beli tak mahal mana, tapi bila jual
nampak untungnya.
Tapi aku tak akan jual kenangan itu.
Tawarlah banyak mana pun. Aku tak akan.

Terima kasih kerana kalian sudi hadir
dalam kehidupan aku.
Menconteng dan mencorakkannya.
Dalam kehidupan aku ada seni.
Kawan kawan adalah seni dalam kehidupan aku.
Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku.
Mana lepas ni aku nak cekau
Kawan kawan macam kalian?

Harap kita berjaya bersama.
Jangan lupa edar kad kahwin pada aku.
InsyaAllah aku akan datang.
Siapakah gerangan yang akan naik
pelamin dulu ni?
Dah lama tak jumpa nasi minyak.
Minyak makin lama makin naik harganya.

Semoga kita ketemu lagi.
Ada rezeki panjang umurnya, InsyaAllah.
Sampai disini sahaja.
Sekian sahaja coretan hati daripada aku.


Assalamualaikum.

31 August 2013

Semalam.

Semalam aku hilang.
mencari jawapan.
jawapan yang tiada
persimpangan.
persoalan berbukit.


meniti jambatan kehidupan.
terus berlari.
mencari isi hati.
tangis ditangisi.
tiada bahu lagi
mahuku pinjam.

mengeluh.
mengesat penat lelah.
deras mengalir.
akhirnya aku.

aku.
berhenti disini.
belum selesai lagi.
aku tepuk.
tepuk bantal.
aku lena diulit mimpi.

mimpi bersama Arjuna.



21 May 2013

Hanya Kamu

Sebenarnya aku tak sangka apa yang aku lihat sebentar tadi. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku sekarang. Aku gembira sangat. Aku rasa aku dah takluki dunia. Dunia aku. Walaupun hanya "conversation" yang singkat dan biasa biasa tetapi bagi aku ianya amat berharga. Aku tak boleh nak berdalih lagi. Aku tak boleh nak tipu perasaan aku sendiri. Setiap masa aku selalu terbayang dengan senyuman dia. Ya Allah manisnya dia. Ya hati aku tengah berbunga bunga sekarang ni walaupun aku tahu dia bukan milik aku. Aku terus melayan perasaan aku kini. Aku rasa seperti ingin menangis untuk menunjukkan bahawanya aku betul betul ada perasaan pada kau. Cuma kau tak pernah nak bagi aku peluang untuk jelajah engkau. Mungkin hati kau masih buta untuk aku. Hari hari berlalu pergi dan pada itu aku terus meletakkan harapan pada engkau.

Ya aku bahagia bila aku mengejar bayangan engkau. Sangat bahagia. Pedihnya, aku tak mungkin beroleh setiap saat indah untuk bersama dengan engkau.
Hanya gambar yang meredakan rindu aku pada engkau.
Adakah suatu hari nanti aku hanya mampu melihat engkau bahagia bersama dia?
Tika itu aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk engkau.
Aku? Dan aku pula tidak pasti dapat lupakan kau atau tidak.
Aku berdoa supaya ada seseorang yang persis akan engkau hadir dalam hidup aku
untuk menggantikan diri engkau dalam hidup aku.
Assalamualaikum.

29 March 2013

Terima Apa Sahaja

Terima apa sahaja yang ada di depan mata.
Terima apa sahaja yang orang buat pada kita.
Terima apa sahaja tomahan yang dilemparkan.
Bukan bererti penakut pengecut tetapi malas nak berbalah.
Berkecil hati itu perkara biasa.
Kadangkala terlalu nak menjaga hati saudara, sampaikan hati ini tak terjaga.
Bukan nak kata apa terlalu sayang katanya.
Saudara sering melakukan perkara perkara yang dusta.
Rasa seperti ditindas lalu kemenangan untuk diraih memang tipis.
Dengki disebabkan kerana apa?
Aku tiada apa-apa yang istimewa.
Aku bukan anak raja aku hanya anak orang biasa.
Aku tetap bersyukur kalau itu ditakdirkan bersama.
Tapi aku tengok orang zaman sekarang berlagak
dengan cara jalan berkepak bukan main kepalang.
Hamboi! Ketiak tetap hangit.
Pandangan tinggi menlangit.
Perangai masing masing macam cirit.
Senyum tak perlu nak berkata apa.
Senyum melihat keadaan disekeliling.
Kita menanti apa sahaja perubahan yang akan berlaku.
Kita diuji kaji kita mangsanya. Berjaya atau gagal kita puncanya.
Kita dipersalahkan.Kita dihukum. Apa semua ini bangsat.
Aku tulis apa yang aku rasa.
Aku tulis apa yang aku dengar.
Aku tulis apa yang aku melihat.
Aku tulis apa yang aku suka.
Aku peduli apa.
Lemparkan senyuman salam perkenalan diperkenankan.






21 March 2013

Manusia Oh Manusia

Bersuara salah tak bersuara pun salah. 
Habis apa yang patut kita lakukan kalau dah semuanya salah semuanya tak kena.
Marah tak bertempat maki merempat rempat. kau sewel?
Kau rasa kau hebat wah! jalan mendongak ke atas. Angkuh sial.
Sekali sekala kau harus tunduk bawah hormat orang keliling kau.
Tak mati kalau kau tabik pada orang yang lagi hebat dari kau.
Bila diaju soalan kau kata itu soalan bodoh.
Bila tak diaju soalan diam membisu kau kata sombong bodoh.
Apa tujuan kau sebenarnya?
Nak jatuhkan  martabat bangsa kau sendiri?
Sepatutnya kau menolong bangsa kau sendiri.
Bukan kau pijak pijak sesuka hati.
Bukan lempar kata kata yang menyakiti lagi terguris hati.
Kau nak orang sanjung kau sana sini taburkan kata kata manis
Supaya kau bermaharajalela dengan keadaan begitu.
Kau tak ikhlas bukan? Tak patut berlaku sebenarnya.
Tapi itulah manusia. Aku lelah dengan semua ini.
Naik meluat pun ada. 
Bilalah keadaan sekeliling aku nak aman?
Kadangkala gurauan kau macam cilaka.
Ingat semua orang setuju dengan gurauan kau itu?
Jangan tertipu pada diri sendiri.
Tepuk dada tanya hati. Adakah kau sudah sedar diri?
Kita jumpa 10 tahun lagi.




10 March 2013

Bila?

Assalamualaikum.

Semester 5 equal to Tekanan.
Sem ni banyak sangat perkara yang  nak dilakukan yang mengikut jadual mahupun yang tersasar daripada jadual. Semuanya nak on time! Gila ke? Dengan adanya tulang empat kerat ni semuanya nak buat masa itu juga. Memanglah bak kata orang usaha kena ada kalau nak berjaya. Masalahnya orang yang kata tu dia bukan tahu apa masalah kita.

Mana masa rehat kami? Tolong hormat masa kami. Jangan buli masa kami. Kami bukan nak membantah tapi kami ingin diberi masa untuk merehatkan fizikal dan mental kami. 
Jasad pada dasarnya memang nyata tapi hakikinya fikiran tak bekerjasama.

Dalam fikiran aku sekarang bilalah aku nak habis belajar? Bilalah aku boleh dapat kerja yang aku cita kan selama ini? Bilalah aku dapat beli rumah? Bilalah aku dapat beli kereta aku sendiri? Bilalah aku dapat jumpa dengan jodoh aku sendiri? Bilalah aku nak bebas dengan hidup aku sendiri? Persoalannya BILA.
Tak mengapalah turutkan sahaja perintahnya agar dia berpuas hati apabila memperlihatnya.

Tak semua apa yang kita impikan kita akan dapat. Segalanya telah direncanakan oleh Allah s.w.t .





14 February 2013

Aku Bukan Pilihan Hatimu.

Akulah sang mantan.
 Kecewa bukan main kepalang.
Ingatan melayang layang.
Rasa nak beri sepak terajang.
Tak segampang itu wahai sayang.

Cinta.
Aku benci sang pencinta.
Cinta bermuka muka.
Berteka teki macam puki.
Pembohong.
Sakit hati tidak terperi.

Setiap hari mengenangkanmu.
Kau apa tahu.
Buat cerita yang tidak tahu menahu.
Itu satu Fitnah.
Yang bukan aku jamah.

Untuk mencari kamu
Aku buka peta dan kompas
Tapi hampa tak jumpa
Dan cinta tak balas.

Akhirnya.
Kau bertemu jua
Dengan sang pengganti.
Tapi aku tidak akan lupa
Kau telah mengkhianati
AKU.
Aku ingat.
Sampai bila.
Bila-bila.


Aku rindu padamu.
Rindu.
Rindu.
Rindu.
Aku tak lupa
Akan kau
Dalam doaku.

Aku tahu 
Aku Bukan 
Pilihan Hatimu.



13 February 2013

Kawan.

kawan aku ialah...

seorang yang nampak baik aku bila orang kata aku Jebat
seorang yang nampak jahat aku bila orang kata aku hebat

seorang yang terjun selamatkan aku bila aku jatuh loji
seorang yang tarik aku ke bawah bila aku terbang tak sedar diri

seorang yang simbah aku dengan air bila aku terbakar
seorang yang simbah aku dengan petrol bila semangat pudar

seorang yang maafkan aku bila aku selalu buat silap
seorang yang marah aku kalau terjun ke dunia gelap .

Hujan Itu Airmataku


Pernah kau lihat hujan jatuh?
Keras, lebat, jatuh deras ke tanah.
Begitulah air mataku.

Jujur.
Aku rindu.

Bergumpalan ia lalu naik ke atas lalu membentuk awan,
Dan akhirnya sekali lagi,
Jadinya hujan.

Jujur.
Aku rindu.

Rindu.
Rindu.
Rindu.

Bila kau akan datang dan hapus air mata aku?
Bila?

Aku tunggu.

10 February 2013

February Aquarius 9+2+1+9+9+2=3+2=5 Angin

FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi.

9+2+1+9+9+2=3+2=5

Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears.

Aquarius




Angin



Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja :)




# Hanya ramalan sahaja. Allah lebih maha mengetahui tentang diri ini.
   Aku sudah dewasa. Aku macam tak percaya. Tapi telah nyata. Aku terima dengan seadanya.
  Semoga urusan aku dipermudahkan olehNYA. Amin.

8 February 2013

Hampa Hati Mati.

Rasa ada yang kena. Kenapa dan mengapa? Beribu persoalan diminda tapi tak dapat dijawab. Malas bukan? Penat melihat ragam manusia disekeliling. Ada yang menyenangkan ada yang menjengkelkan. Biasalah manusia mana ada yang sempurna. Ada sahaja yang tak kena di hati mereka. Begitu juga aku. Huh! Kalau nak dikata memang tida kesudahannya. Senyum palsu yang sering bersidai di tepi tepi bibir. Kau boleh menyandar pada beribu bahu kalau kau mahu tapi kau memilih untuk yang satu itu yang paling dungu yang buat kau bersandar sambil air mata kau jatuh bertalu dan hati kau pecah beribu. Kenapa mesti aku? Jangan fikir hanya ketika di alam persekolahan serta di alam IPTA sahaja yang ada Ujian, Peperiksaan, Reflective Journal, Tutorial Exercise mahupun Quiz akan tapi harus ingat di alam kehidupan juga ada ujiannya. Ujiannya sukar.

Objektifnya untuk menjadikan kita sebagai manusia yang kuat hatinya yang kuat perasaannya yang kuat tingkah lakunya untuk menepis halangan yang datang bertubi tubi. Oh lelahnya! Buka minda akal fikiran diluar kota untuk memperjuangkan apa yang ada. Adakah dia milik aku? Siapakah yang akan mengetuk pintu hatiku? Hanya menunggu ia jatuh dari riba memang tidak akan kemana. Tiada peningkatan mahupun tujuan yang disebarkan. Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak memahami apa yang aku rasai. Kita berbeza. Kau mewah. Aku bersederhana. Tetapi kita sehati sejiwa. Bergurau senda. Ketawa ria. Aku tahu aku tak sehebat kau. Aku bangga dengan kau. Kau kuat.Tapi aku tidak. Secara zahirnya aku kuat. Akan nuraninya aku lemah didalam. Aku bahagia bila melihat kau bahagia dengan sesorang yang boleh menjaga kau serta membahagiakan kau.

Diri ini cemburu melihat apa yang kau genggam. Aku tidak punyainya. Aku teringin sangat nak genggam apa yang kau genggam selama ini. Bersabar. Sampai bila aku harus bersabar. Aku dah penat dengan bersabar. Bersabar yang entah ada atau tidak penghujungnya. Begitu sahaja aku melihatnya. Keluh hati ini seperti di anak tiri. Sabar wahai hati. Perasaan ini terguris lagi. Aku memahami. Oh halusinasi! Kalaulah ianya menjadi realiti. Kegembiraan aku tidak terperi. Senyum setiap hari. Aku mahu menyayangi aku mahu dikasihi aku mahu mencintai aku mahu dicintai. Sepinya aku hanya mampu melihat orang yang aku sayangi dicintai oleh pilihan hatinya. Terasa hati. Hari hari aku terasa akan hati menusuk seperti ditujah bertalu talu  lalu tiada malu mahupun sipu.

Jiwa yang bergelora tidak mudah untuk diramal oleh sang peramal. Bersandar di papan tanda memikirkan apa yang bakal ada. Adakah ianya masih setia? Tepuk dada tanya tuan punya minda. Kau mempunyai kelebihan pada empunya diri. Aku mempunyai kelemahan. Bukan aku tidak bersyukur. Aku bersyukur dengan kurniaanNYA. Aku yakin pasti ada yang terbaik buat diri ini. Allah telah mengatur segalanya yang terbaik untuk diri ini. Jangan mengalah jangan menyendiri. Pasti suatu hari nanti ia datang tanpa diundang. Aku terima dengan hati yang terbuka. Cemburunya aku. Menebal nebal cemburu ini. Sukar untuk ditepis. Ianya degil lalu pada malam ianya menangis kasihan pada hati.

Diri sendiri, keluarga, sahabat, kehidupan seharian, fikiran, hati, perasaan, tingkah laku, kata kata bila berbicara, nasib, kejayaan, kehampaan, kedukaan, keriangan, semuanya segalanya tidak seperti yang dijangka. Cuba untuk buat yang terbaik. Cuba untuk menjadi yang terbaik. Insyallah.

25 January 2013

Himpun.

Jari jemari mengukir kata kata tah apa apa.
si Bangsat gelak tawa entah apa seterusnya rancangan dia.
hey aku rindu engkau dan dia. siapakah mereka?
entahlah aku pun tak tahu menahu. yang penting sekarang aku tahu siapa diri aku.engkau tak perlu nak sibuk ambil tahu. kenapa kita senang diperbodohkan pada masa kini?
senang perasaan diludah sana sini. senang dipijak itu ini. senang ditongkah arus permodenan entah apa yang nak dihandalkan sangat.
senang dipermainkan oleh diri.senang ditindas dengan manusia yang suka berkias.
kenapa masih tidak sedarkan diri? buka mata tanya akal fikiran.itu perlu untuk semua.Untuk segalanya.

kasih sayang itu akan wujud tanpa paksaan tanpa kerelaan tanpa diundang dan tanpa reaksi emosi manusia itu. akan pilunya, kita memusnahkan segala galanya. janganlah engkau memberikan satu seribu harapan pada seseorang yang bukan kau anggap ianya istimewa tetapi bagi dia memang sebaliknya. KEJAMNYA KAU! 
senang senang kau lemparkan begitu sahaja tanpa belas kasihan dengan segagah muka kau seperti lahanat.celiklah wahai perasaan.

kau dengarlah kata kata hati ini yang sedang menangis dikala berlakunya tragis.
tuhan tolong lembutkan hati dia.untuk terima ku seadanya.kerana aku tak mampu hidup tanpa dia disisiku. ye! memang jiwang habis! tapi itulah apa yang dirasakan ketika ini.
cuma engkau seperti rama rama terbang ke sana ke sini sehingga tidak mahu ambil peduli akan isi hati.

kalau tidak mahu perasaan hidup merempat senang dipermainkan oleh si palat kita harus kuat harus bersemangat untuk menjajah menindas si Bangsat.
akhirnya sempurna. 

13 January 2013

SAYANG.

Ada ketikanya insan yang kita SAYANG
Membuat kita dalam keadaan teruji
Ada ketikanya insan yang kita SAYANG
Selalu membuatkan kita terluka
Ada ketikanya insan yang kita SAYANG
Semakin membuat kita terkilan
Ada ketikanya insan yang kita SAYANG
Membuat rasa sabar kita kian menipis
Ada ketikanya insan yang kita SAYANG
Mengguris hati kita hingga
menitiskan air mata 

Namun kita tetap MENYAYANGINYA 
Kerana Dia Sentiasa Bertahkta
Di Hati Kita.