10 March 2013

Bila?

Assalamualaikum.

Semester 5 equal to Tekanan.
Sem ni banyak sangat perkara yang  nak dilakukan yang mengikut jadual mahupun yang tersasar daripada jadual. Semuanya nak on time! Gila ke? Dengan adanya tulang empat kerat ni semuanya nak buat masa itu juga. Memanglah bak kata orang usaha kena ada kalau nak berjaya. Masalahnya orang yang kata tu dia bukan tahu apa masalah kita.

Mana masa rehat kami? Tolong hormat masa kami. Jangan buli masa kami. Kami bukan nak membantah tapi kami ingin diberi masa untuk merehatkan fizikal dan mental kami. 
Jasad pada dasarnya memang nyata tapi hakikinya fikiran tak bekerjasama.

Dalam fikiran aku sekarang bilalah aku nak habis belajar? Bilalah aku boleh dapat kerja yang aku cita kan selama ini? Bilalah aku dapat beli rumah? Bilalah aku dapat beli kereta aku sendiri? Bilalah aku dapat jumpa dengan jodoh aku sendiri? Bilalah aku nak bebas dengan hidup aku sendiri? Persoalannya BILA.
Tak mengapalah turutkan sahaja perintahnya agar dia berpuas hati apabila memperlihatnya.

Tak semua apa yang kita impikan kita akan dapat. Segalanya telah direncanakan oleh Allah s.w.t .





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.