17 November 2014

Peduli Apa.

Masuk akal atau tidak senior jatuh hati pada junior.
Beza umur mereka 4 tahun.
Pandangan pertama aku kenal dia aku tak rasa apa apa pun.
Kawan macam biasa huhahuha sana sini. Tapi lama kelamaan dia layan aku lain macam.
Kau jangan fikir lucah boleh tak? Badigol !
 Aku dah mula ada hati pada dia walaupun kata hati selalu melalak dekat aku
"weh kau sedar tak dia tu baya baya adik kau lah!"
Tapi aku peduli apa dah memang aku suka pada dia.

Tapi aku tak nak confess lah dekat dia yang aku suka dia.
Gila ke hape!
Sebab aku suka dia walaupun dia junior aku, dia kelihatan matang tak macam budak yang sebaya dengan dia, cara dia cakap, style dia, muka dia ala ala pan asia, mata dia, senyum dia, semuanya lah aku suka.

Rilex lah, tengok che ta dengan zain chill je kahwin jugak.
Tapi aku tahu aku tak mampu nak takluki dia.
Sebab hati dia bukan untuk aku. Hati dia untuk janda dia.

Tah lah, JODOH kan mana kita boleh jangka.
-K.A-


30 October 2014

Lumrah

Apa yang aku dapat hari ini tak semua orang senang dengan kita.
Walaupun dia baik di depan kau seumpama malaikat.
Belakang kau dia dah asah pisau untuk tujah kau.

Walaupun kau tolong dia bila dia minta pertolongan.
Kau fikir "alah dia kawan aku, apa salahnya aku tolong dia".
Itu kau. Macam mana dengan dia pula?
"Senangnya dia ni nak mintak tolong, itu satu peluang untuk aku gunakan kau".

Lumrah manusia.
Tak ada siapa yang boleh sangkal.
Kau tunggu apa lagi kawan, mari angkat kaki lambung dari sini.




29 October 2014

Malu.

Malunya aku bila aku baca balik post post blog aku dulu!
Ahaks!
I malu lah you!

Kailan

Aku sudah lelah dengan orang sekeliling aku.
Kenapa Tuhan hantarkan kalian untuk aku?
Tak boleh ke kalian faham aku untuk seketika?
Kalian paksa aku untuk berkata YA.

Kalian memang suka cakap belakang perihal aku.
Apa aku kisah, Tuhan lebih tahu isi hati aku.
Aku harap kalian baik baik sahaja.
Sebab karma itu akan menerpa kalian pada bila bila sahaja.
Bye KALIAN !



9 August 2014

Rendah Diri

Aku masih lagi bernafas untuk meneruskan sisa sisa hidup aku.
Aku masih lagi mampu berdiri untuk sara diri.
Syukur Alhamdulillah semuanya DIA yang memberi.

Harap aku tak lupa diri.

1 January 2014

Selamat Tinggal 2013

WELCOME 2014 !

Bagaimana pula dengan 2013?
Bagi aku biasa biasa sahaja.
Apa yang kita alami ketika 2013
Lebih kurang juga apa yang bakal diterima pada 2014.
Cuma aku banyak kenangan pada 2013.
Kenangan bersama kawan di Polteknik PD.

Rindu nak lepak sama sama.
Rindu nak tengok katil patah.
Rindu nak tengok pengantin makan spenda.
Rindu nak buat homework sama sama.
Rindu nak pergi bazaar Ramadhan sama sama.
Rindu nak berbuka sama sama.
Rindu nak tidur sebantal sekatil sebilik sama sama.
Rindu nak panjat Tanjung Tuan.
Rindu nak pergi kelas sama sama.
Rindu nak masak sama sama.
Rindu nak tonton TV sama sama.
Rindu nak menangis sebab tak dapat makan karipap (aku)
Rindu nak minum extra joss perisa anggur.
Rindu nak bergurau senda sama sama.
Rindu nak study sama sama ketika final menjelang tiba.
Rindu nak lepak pantai sama sama.
Rindu nak berMCD sama sama.
Rindu nak sambut birthday sama sama.
Rindu nak tengok movie sama sama dekat lappy.
Rindu nak tengok crush yang tersayang :(

Yang pasti aku rindu semuanya.
Semoga kita semua berjaya didunia dan diakhirat.
Jumpa konvo nanti ok sayang !
MUAH ! :*


11 December 2013

Aku Cemburu

Aku cemburu akan orang-orang disekitarmu
Aku cemburu kepada mereka yang
Setiap saatnya dapat bertemu denganmu
Tanpa terhalang jarak dan waktu--

Demi Tuhan aku cemburu
Kepada mereka yang selalu mampu menikmati
Senyum dan tawamu
Dan aku cemburu kepada orang-orang yang
Disekelilingmu yang sering berkomunikasi 
Dengan mu bila-bila pun--

Katakan pada mereka bahawa aku
Mencemburuinya--