25 December 2011

Ajaibnya Cinta

ASSALAMUALAIKUM :)
RINDU???
bila kita rasa kita nak seseorang itu ada dengan kita..disisi kita...
itu yang dinamakan rindu...
kadang2 rindu ini membahagiakan..
kadang2 membuat kita menangis bila rindu kita tak dibalas..


sumpah aku rindu kau.cuma kau je yang tak rindu aku kan. kalau lah kau tahu yang aku
rindu kau kan kan kan. :)
yelah hati dah sayang kan, kau tak nampak ke apa yang ada kat atas 2? AKU SAYANG KAMU!!!
tetapi apa salah aku, kau buat aku macam ni? walaupun kau tau aku suka kau.
cuba lah buka hati kau tu untuk aku.hanya untuk AKU sahaja.boleh tak?


Dan aku rasa kau tak patut buat aku macam ni.sebelum ni aku  ada juga sayang someone, tapi rasa sayang aku dengan someone 2, tak sama rasa sayang aku dengan KAU.
kalau lah kau faham isi hati & perasaan aku.
kalau diikutkan, rasa kelakar pun ada, tah mengapa tibe2 aku suka kau. sebelum ni rasanya tak terlintas pun nak tangkap felling dekat kau :)

Tapi itu lah takdir yang menentukan segalanya.rasa suka & sayang itu hadir dengan sendirinya tanpa aku duga.walaupun kau tak terima aku, hingga kini aku masih suka & sayang kau. tipulah kalau tak ada perasaan SEDIH kan.


Tapi apa pun kau dah pilih yang lain selain aku. apa boleh buat, aku kena lah terima kan.
Aku harap satu hari nanti pintu hati kau akan terbuka untuk aku. insyallah.
I LOVE U SAYANG :D *pedulik apa aku,kalau aku syok sendiri pun kan!*


~wassalam.icak92~

24 December 2011

Cita cita,Harapan & Impian

Assalamualaikum.
2011 akan berakhir tak lama lagi. banyak kenangan kenangan manis mahupun pahit yang berlaku pada 2011.bagi aku tahun 2011 adalah tahun yang mencabar bagi aku.*(walaupun setiap tahun adalah tahun yang banyak memberi dugaan bagi aku*).2011 juga lah yang banyak mengajar aku apa itu dugaan & cabaran.apabila berakhirnya 2011, maka bermula lah 2012 dengan azam yang baru serta menjadikan diri kita akan menjadi lebih baik dan bagus dari yang sebelumnya.
selain itu, bermulalah pengajian aku di poli PD iaitu mulanya semester 3.dengan semester yang baru ini, insyallah aku akan memperbaiki kelemahan kelemahan yang ada dalam diri aku supaya aku tidak leka untuk membuat kesilapan.selama 3 tahun aku belajar di poli untuk mendapatkan segulung diploma dan mencapai cita cita aku. kesilapan yang aku lakukan pada semester lepas membuat kan aku bangkit serta menebus kesilapan yang telah aku lakukan.aku telah mengecewakan diri aku sendiri dan mak ayah aku.aku adalah harapan kedua dua orang tua aku.jadi aku harus tumpukan 100% terhadap pelajaran aku. dan aku sedar, aku bukan nya datang dari golongan orang berada, aku datang dari golongan yang sederhana, walaupun sederhana, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku miliki hingga kini. cita cita aku ialah, aku ingin menjadi insan yang cemerlang dan berguna pada masyarakat serta negara.selain itu, apabila aku sudah berjaya kelak, aku akan membantu ibu bapa aku serta aku akan menjaga nya seperti mana mereka menjaga aku ketika aku kecl hingga aku dewasa dan mengerti tentang apa itu  erti KEHIDUPAN.
jadi walau apa pun yang berlaku, aku tetap berusaha dan berdoa  serta bertawakal agar urusan urusan aku di dunia ini dipermudahkan oleh Allah s.w.t
amin.

*kita semua tahu bahawa tiada seorang manusia pun yang sempurna dari segi apa pun & tiada seorang manusia pun yang mengatakan bahawa diri nya ter amat amat sempurna, & dengan itu kita sebagai manusia di muka bumi ini haruslah memperbaiki & memperbaharui sikap sikap mahupun tugas yang kita laksanakan agar ianya menjadi sempurna*
~wassalam~
#icak92#


Fitrah Cinta

Cinta
Hadirnya hanya seketika
Sekadar mengisi ruang yang sepi
Di hati dan mengajar erti sebuah
pengorbanan
Sayang
Sayangnya bila cinta yang diberi
Tidak pernah diargai
Siapa yang bersalah?
Pemberi ataupun Penerima Cinta?
Akhirnya
Perhubungan yang hanya seketika
terjalin
Terputus di tengah jalan
Adakah takdir yang harus
dipersalahkan?
Andai di hati masih  ada sayang
Berilah kesempatan untuk
disayangi
Tiada gunanya berajakan ego
Andai hati masih
MENGHARAPKANNYA.


18 December 2011

Lelaki yang HOWT! awwwww. PUihhhhhhhh!

salam semua. amacam sihat? harap sebegitulah ye :) . nak cerita lah kan ada la seorang hamba allah ni, bermula nya di MUKA BUKU lah kan, aku pon x kenal la sapa kah gerangan die 2 kan, tibe tibe nya buat status macam ni "Makin pengarut orang2 kt facebook ni. entah ape2 la die buat status .okbai!".
 HELLLOOOO!!!! bagi aku la kan, suka hati mereka la kan nak buat status apa pun, ada kene mengena dengan kau ke wahai lelaki hot???  lepas 2 boleh pulak IM aku, suruh LIKE status die ni.please la wehhh, ko sapa??? nak aku like status kau.macam lah semua status kau 2 tak pernah mengarut ke.? Ah kau! tak payah nak tunjuk bagus sangat la kan, aku bukan nya dengki sangat kat kau, tapi cermin dulu diri kau tu sebelum nak perli perli mahupun mengata orang okeyh lelaki hot! :) bajet korea sangat kau nih.APA? kau menyampah tengok aku? pergi jalan lah kan dengan kau punya menyampah 2.kisah pula aku.
errrr.. malas aku nak story morry lagi. itu je la! k  bYE! night peeppsss. salam.
                                                       *icak92*

17 December 2011

Budak baru Belajar :)

Assalamualaikum :) hai aku blogger baru. yela semua orang da lama ada BLOG nih kan. aku je terkial kial & terkapai kapai buat blog ni :)
ok aku diberi nama NUR ATHIRA HAMZAH. aku baru je menjinak jinak kn diri dalam alam blog nih kan.almaklumlah tak berapa nak mahir sangat kan tentang blog nih. yela nama pon BUDAK BARU BE:LAJAR kan kan kan? ha3x
tak apa, nanti lama lama pandai la tu kan. ok! aku nak mention tentang diri aku pon, tak ada yang menarik pon tentang aku nih. hanya seorang gadis biasa sahaja. tak HOT macam korang korang kat luar sana 2 kan.
agak merendah diri la kan.walaupon memang aku ni rendah la kan.agak pemalu la kan. ( PEMALU?????)
ha?! masih lagi begelar pelajar POLITEKNIK PORT DICKSON.
Diploma Akauntansi lerrr. ;)
insyallah dalam masa 3 tahun ini aku akan grad! ha3x padahal baru nak masuk sem 3 ni.banyak lagi harungan dugaan dan cabaran yang aku akan tempuhi. bersiap sedialah dari sekarang.
ok la 2 je la kot mengenai diri aku. harap anda anda dapat la menerima blog aku yang tak seberapa ni kan.
#Kalau ada salah silap, tolong tujukan#
assalamualaikum :)
*athirahamzah*