29 March 2013

Terima Apa Sahaja

Terima apa sahaja yang ada di depan mata.
Terima apa sahaja yang orang buat pada kita.
Terima apa sahaja tomahan yang dilemparkan.
Bukan bererti penakut pengecut tetapi malas nak berbalah.
Berkecil hati itu perkara biasa.
Kadangkala terlalu nak menjaga hati saudara, sampaikan hati ini tak terjaga.
Bukan nak kata apa terlalu sayang katanya.
Saudara sering melakukan perkara perkara yang dusta.
Rasa seperti ditindas lalu kemenangan untuk diraih memang tipis.
Dengki disebabkan kerana apa?
Aku tiada apa-apa yang istimewa.
Aku bukan anak raja aku hanya anak orang biasa.
Aku tetap bersyukur kalau itu ditakdirkan bersama.
Tapi aku tengok orang zaman sekarang berlagak
dengan cara jalan berkepak bukan main kepalang.
Hamboi! Ketiak tetap hangit.
Pandangan tinggi menlangit.
Perangai masing masing macam cirit.
Senyum tak perlu nak berkata apa.
Senyum melihat keadaan disekeliling.
Kita menanti apa sahaja perubahan yang akan berlaku.
Kita diuji kaji kita mangsanya. Berjaya atau gagal kita puncanya.
Kita dipersalahkan.Kita dihukum. Apa semua ini bangsat.
Aku tulis apa yang aku rasa.
Aku tulis apa yang aku dengar.
Aku tulis apa yang aku melihat.
Aku tulis apa yang aku suka.
Aku peduli apa.
Lemparkan senyuman salam perkenalan diperkenankan.






21 March 2013

Manusia Oh Manusia

Bersuara salah tak bersuara pun salah. 
Habis apa yang patut kita lakukan kalau dah semuanya salah semuanya tak kena.
Marah tak bertempat maki merempat rempat. kau sewel?
Kau rasa kau hebat wah! jalan mendongak ke atas. Angkuh sial.
Sekali sekala kau harus tunduk bawah hormat orang keliling kau.
Tak mati kalau kau tabik pada orang yang lagi hebat dari kau.
Bila diaju soalan kau kata itu soalan bodoh.
Bila tak diaju soalan diam membisu kau kata sombong bodoh.
Apa tujuan kau sebenarnya?
Nak jatuhkan  martabat bangsa kau sendiri?
Sepatutnya kau menolong bangsa kau sendiri.
Bukan kau pijak pijak sesuka hati.
Bukan lempar kata kata yang menyakiti lagi terguris hati.
Kau nak orang sanjung kau sana sini taburkan kata kata manis
Supaya kau bermaharajalela dengan keadaan begitu.
Kau tak ikhlas bukan? Tak patut berlaku sebenarnya.
Tapi itulah manusia. Aku lelah dengan semua ini.
Naik meluat pun ada. 
Bilalah keadaan sekeliling aku nak aman?
Kadangkala gurauan kau macam cilaka.
Ingat semua orang setuju dengan gurauan kau itu?
Jangan tertipu pada diri sendiri.
Tepuk dada tanya hati. Adakah kau sudah sedar diri?
Kita jumpa 10 tahun lagi.




10 March 2013

Bila?

Assalamualaikum.

Semester 5 equal to Tekanan.
Sem ni banyak sangat perkara yang  nak dilakukan yang mengikut jadual mahupun yang tersasar daripada jadual. Semuanya nak on time! Gila ke? Dengan adanya tulang empat kerat ni semuanya nak buat masa itu juga. Memanglah bak kata orang usaha kena ada kalau nak berjaya. Masalahnya orang yang kata tu dia bukan tahu apa masalah kita.

Mana masa rehat kami? Tolong hormat masa kami. Jangan buli masa kami. Kami bukan nak membantah tapi kami ingin diberi masa untuk merehatkan fizikal dan mental kami. 
Jasad pada dasarnya memang nyata tapi hakikinya fikiran tak bekerjasama.

Dalam fikiran aku sekarang bilalah aku nak habis belajar? Bilalah aku boleh dapat kerja yang aku cita kan selama ini? Bilalah aku dapat beli rumah? Bilalah aku dapat beli kereta aku sendiri? Bilalah aku dapat jumpa dengan jodoh aku sendiri? Bilalah aku nak bebas dengan hidup aku sendiri? Persoalannya BILA.
Tak mengapalah turutkan sahaja perintahnya agar dia berpuas hati apabila memperlihatnya.

Tak semua apa yang kita impikan kita akan dapat. Segalanya telah direncanakan oleh Allah s.w.t .