14 February 2013

Aku Bukan Pilihan Hatimu.

Akulah sang mantan.
 Kecewa bukan main kepalang.
Ingatan melayang layang.
Rasa nak beri sepak terajang.
Tak segampang itu wahai sayang.

Cinta.
Aku benci sang pencinta.
Cinta bermuka muka.
Berteka teki macam puki.
Pembohong.
Sakit hati tidak terperi.

Setiap hari mengenangkanmu.
Kau apa tahu.
Buat cerita yang tidak tahu menahu.
Itu satu Fitnah.
Yang bukan aku jamah.

Untuk mencari kamu
Aku buka peta dan kompas
Tapi hampa tak jumpa
Dan cinta tak balas.

Akhirnya.
Kau bertemu jua
Dengan sang pengganti.
Tapi aku tidak akan lupa
Kau telah mengkhianati
AKU.
Aku ingat.
Sampai bila.
Bila-bila.


Aku rindu padamu.
Rindu.
Rindu.
Rindu.
Aku tak lupa
Akan kau
Dalam doaku.

Aku tahu 
Aku Bukan 
Pilihan Hatimu.



13 February 2013

Kawan.

kawan aku ialah...

seorang yang nampak baik aku bila orang kata aku Jebat
seorang yang nampak jahat aku bila orang kata aku hebat

seorang yang terjun selamatkan aku bila aku jatuh loji
seorang yang tarik aku ke bawah bila aku terbang tak sedar diri

seorang yang simbah aku dengan air bila aku terbakar
seorang yang simbah aku dengan petrol bila semangat pudar

seorang yang maafkan aku bila aku selalu buat silap
seorang yang marah aku kalau terjun ke dunia gelap .

Hujan Itu Airmataku


Pernah kau lihat hujan jatuh?
Keras, lebat, jatuh deras ke tanah.
Begitulah air mataku.

Jujur.
Aku rindu.

Bergumpalan ia lalu naik ke atas lalu membentuk awan,
Dan akhirnya sekali lagi,
Jadinya hujan.

Jujur.
Aku rindu.

Rindu.
Rindu.
Rindu.

Bila kau akan datang dan hapus air mata aku?
Bila?

Aku tunggu.

10 February 2013

February Aquarius 9+2+1+9+9+2=3+2=5 Angin

FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi.

9+2+1+9+9+2=3+2=5

Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears.

Aquarius




Angin



Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja :)




# Hanya ramalan sahaja. Allah lebih maha mengetahui tentang diri ini.
   Aku sudah dewasa. Aku macam tak percaya. Tapi telah nyata. Aku terima dengan seadanya.
  Semoga urusan aku dipermudahkan olehNYA. Amin.

8 February 2013

Hampa Hati Mati.

Rasa ada yang kena. Kenapa dan mengapa? Beribu persoalan diminda tapi tak dapat dijawab. Malas bukan? Penat melihat ragam manusia disekeliling. Ada yang menyenangkan ada yang menjengkelkan. Biasalah manusia mana ada yang sempurna. Ada sahaja yang tak kena di hati mereka. Begitu juga aku. Huh! Kalau nak dikata memang tida kesudahannya. Senyum palsu yang sering bersidai di tepi tepi bibir. Kau boleh menyandar pada beribu bahu kalau kau mahu tapi kau memilih untuk yang satu itu yang paling dungu yang buat kau bersandar sambil air mata kau jatuh bertalu dan hati kau pecah beribu. Kenapa mesti aku? Jangan fikir hanya ketika di alam persekolahan serta di alam IPTA sahaja yang ada Ujian, Peperiksaan, Reflective Journal, Tutorial Exercise mahupun Quiz akan tapi harus ingat di alam kehidupan juga ada ujiannya. Ujiannya sukar.

Objektifnya untuk menjadikan kita sebagai manusia yang kuat hatinya yang kuat perasaannya yang kuat tingkah lakunya untuk menepis halangan yang datang bertubi tubi. Oh lelahnya! Buka minda akal fikiran diluar kota untuk memperjuangkan apa yang ada. Adakah dia milik aku? Siapakah yang akan mengetuk pintu hatiku? Hanya menunggu ia jatuh dari riba memang tidak akan kemana. Tiada peningkatan mahupun tujuan yang disebarkan. Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak memahami apa yang aku rasai. Kita berbeza. Kau mewah. Aku bersederhana. Tetapi kita sehati sejiwa. Bergurau senda. Ketawa ria. Aku tahu aku tak sehebat kau. Aku bangga dengan kau. Kau kuat.Tapi aku tidak. Secara zahirnya aku kuat. Akan nuraninya aku lemah didalam. Aku bahagia bila melihat kau bahagia dengan sesorang yang boleh menjaga kau serta membahagiakan kau.

Diri ini cemburu melihat apa yang kau genggam. Aku tidak punyainya. Aku teringin sangat nak genggam apa yang kau genggam selama ini. Bersabar. Sampai bila aku harus bersabar. Aku dah penat dengan bersabar. Bersabar yang entah ada atau tidak penghujungnya. Begitu sahaja aku melihatnya. Keluh hati ini seperti di anak tiri. Sabar wahai hati. Perasaan ini terguris lagi. Aku memahami. Oh halusinasi! Kalaulah ianya menjadi realiti. Kegembiraan aku tidak terperi. Senyum setiap hari. Aku mahu menyayangi aku mahu dikasihi aku mahu mencintai aku mahu dicintai. Sepinya aku hanya mampu melihat orang yang aku sayangi dicintai oleh pilihan hatinya. Terasa hati. Hari hari aku terasa akan hati menusuk seperti ditujah bertalu talu  lalu tiada malu mahupun sipu.

Jiwa yang bergelora tidak mudah untuk diramal oleh sang peramal. Bersandar di papan tanda memikirkan apa yang bakal ada. Adakah ianya masih setia? Tepuk dada tanya tuan punya minda. Kau mempunyai kelebihan pada empunya diri. Aku mempunyai kelemahan. Bukan aku tidak bersyukur. Aku bersyukur dengan kurniaanNYA. Aku yakin pasti ada yang terbaik buat diri ini. Allah telah mengatur segalanya yang terbaik untuk diri ini. Jangan mengalah jangan menyendiri. Pasti suatu hari nanti ia datang tanpa diundang. Aku terima dengan hati yang terbuka. Cemburunya aku. Menebal nebal cemburu ini. Sukar untuk ditepis. Ianya degil lalu pada malam ianya menangis kasihan pada hati.

Diri sendiri, keluarga, sahabat, kehidupan seharian, fikiran, hati, perasaan, tingkah laku, kata kata bila berbicara, nasib, kejayaan, kehampaan, kedukaan, keriangan, semuanya segalanya tidak seperti yang dijangka. Cuba untuk buat yang terbaik. Cuba untuk menjadi yang terbaik. Insyallah.