21 May 2013

Hanya Kamu

Sebenarnya aku tak sangka apa yang aku lihat sebentar tadi. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku sekarang. Aku gembira sangat. Aku rasa aku dah takluki dunia. Dunia aku. Walaupun hanya "conversation" yang singkat dan biasa biasa tetapi bagi aku ianya amat berharga. Aku tak boleh nak berdalih lagi. Aku tak boleh nak tipu perasaan aku sendiri. Setiap masa aku selalu terbayang dengan senyuman dia. Ya Allah manisnya dia. Ya hati aku tengah berbunga bunga sekarang ni walaupun aku tahu dia bukan milik aku. Aku terus melayan perasaan aku kini. Aku rasa seperti ingin menangis untuk menunjukkan bahawanya aku betul betul ada perasaan pada kau. Cuma kau tak pernah nak bagi aku peluang untuk jelajah engkau. Mungkin hati kau masih buta untuk aku. Hari hari berlalu pergi dan pada itu aku terus meletakkan harapan pada engkau.

Ya aku bahagia bila aku mengejar bayangan engkau. Sangat bahagia. Pedihnya, aku tak mungkin beroleh setiap saat indah untuk bersama dengan engkau.
Hanya gambar yang meredakan rindu aku pada engkau.
Adakah suatu hari nanti aku hanya mampu melihat engkau bahagia bersama dia?
Tika itu aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk engkau.
Aku? Dan aku pula tidak pasti dapat lupakan kau atau tidak.
Aku berdoa supaya ada seseorang yang persis akan engkau hadir dalam hidup aku
untuk menggantikan diri engkau dalam hidup aku.
Assalamualaikum.