8 February 2013

Hampa Hati Mati.

Rasa ada yang kena. Kenapa dan mengapa? Beribu persoalan diminda tapi tak dapat dijawab. Malas bukan? Penat melihat ragam manusia disekeliling. Ada yang menyenangkan ada yang menjengkelkan. Biasalah manusia mana ada yang sempurna. Ada sahaja yang tak kena di hati mereka. Begitu juga aku. Huh! Kalau nak dikata memang tida kesudahannya. Senyum palsu yang sering bersidai di tepi tepi bibir. Kau boleh menyandar pada beribu bahu kalau kau mahu tapi kau memilih untuk yang satu itu yang paling dungu yang buat kau bersandar sambil air mata kau jatuh bertalu dan hati kau pecah beribu. Kenapa mesti aku? Jangan fikir hanya ketika di alam persekolahan serta di alam IPTA sahaja yang ada Ujian, Peperiksaan, Reflective Journal, Tutorial Exercise mahupun Quiz akan tapi harus ingat di alam kehidupan juga ada ujiannya. Ujiannya sukar.

Objektifnya untuk menjadikan kita sebagai manusia yang kuat hatinya yang kuat perasaannya yang kuat tingkah lakunya untuk menepis halangan yang datang bertubi tubi. Oh lelahnya! Buka minda akal fikiran diluar kota untuk memperjuangkan apa yang ada. Adakah dia milik aku? Siapakah yang akan mengetuk pintu hatiku? Hanya menunggu ia jatuh dari riba memang tidak akan kemana. Tiada peningkatan mahupun tujuan yang disebarkan. Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak memahami apa yang aku rasai. Kita berbeza. Kau mewah. Aku bersederhana. Tetapi kita sehati sejiwa. Bergurau senda. Ketawa ria. Aku tahu aku tak sehebat kau. Aku bangga dengan kau. Kau kuat.Tapi aku tidak. Secara zahirnya aku kuat. Akan nuraninya aku lemah didalam. Aku bahagia bila melihat kau bahagia dengan sesorang yang boleh menjaga kau serta membahagiakan kau.

Diri ini cemburu melihat apa yang kau genggam. Aku tidak punyainya. Aku teringin sangat nak genggam apa yang kau genggam selama ini. Bersabar. Sampai bila aku harus bersabar. Aku dah penat dengan bersabar. Bersabar yang entah ada atau tidak penghujungnya. Begitu sahaja aku melihatnya. Keluh hati ini seperti di anak tiri. Sabar wahai hati. Perasaan ini terguris lagi. Aku memahami. Oh halusinasi! Kalaulah ianya menjadi realiti. Kegembiraan aku tidak terperi. Senyum setiap hari. Aku mahu menyayangi aku mahu dikasihi aku mahu mencintai aku mahu dicintai. Sepinya aku hanya mampu melihat orang yang aku sayangi dicintai oleh pilihan hatinya. Terasa hati. Hari hari aku terasa akan hati menusuk seperti ditujah bertalu talu  lalu tiada malu mahupun sipu.

Jiwa yang bergelora tidak mudah untuk diramal oleh sang peramal. Bersandar di papan tanda memikirkan apa yang bakal ada. Adakah ianya masih setia? Tepuk dada tanya tuan punya minda. Kau mempunyai kelebihan pada empunya diri. Aku mempunyai kelemahan. Bukan aku tidak bersyukur. Aku bersyukur dengan kurniaanNYA. Aku yakin pasti ada yang terbaik buat diri ini. Allah telah mengatur segalanya yang terbaik untuk diri ini. Jangan mengalah jangan menyendiri. Pasti suatu hari nanti ia datang tanpa diundang. Aku terima dengan hati yang terbuka. Cemburunya aku. Menebal nebal cemburu ini. Sukar untuk ditepis. Ianya degil lalu pada malam ianya menangis kasihan pada hati.

Diri sendiri, keluarga, sahabat, kehidupan seharian, fikiran, hati, perasaan, tingkah laku, kata kata bila berbicara, nasib, kejayaan, kehampaan, kedukaan, keriangan, semuanya segalanya tidak seperti yang dijangka. Cuba untuk buat yang terbaik. Cuba untuk menjadi yang terbaik. Insyallah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.