24 December 2011

Cita cita,Harapan & Impian

Assalamualaikum.
2011 akan berakhir tak lama lagi. banyak kenangan kenangan manis mahupun pahit yang berlaku pada 2011.bagi aku tahun 2011 adalah tahun yang mencabar bagi aku.*(walaupun setiap tahun adalah tahun yang banyak memberi dugaan bagi aku*).2011 juga lah yang banyak mengajar aku apa itu dugaan & cabaran.apabila berakhirnya 2011, maka bermula lah 2012 dengan azam yang baru serta menjadikan diri kita akan menjadi lebih baik dan bagus dari yang sebelumnya.
selain itu, bermulalah pengajian aku di poli PD iaitu mulanya semester 3.dengan semester yang baru ini, insyallah aku akan memperbaiki kelemahan kelemahan yang ada dalam diri aku supaya aku tidak leka untuk membuat kesilapan.selama 3 tahun aku belajar di poli untuk mendapatkan segulung diploma dan mencapai cita cita aku. kesilapan yang aku lakukan pada semester lepas membuat kan aku bangkit serta menebus kesilapan yang telah aku lakukan.aku telah mengecewakan diri aku sendiri dan mak ayah aku.aku adalah harapan kedua dua orang tua aku.jadi aku harus tumpukan 100% terhadap pelajaran aku. dan aku sedar, aku bukan nya datang dari golongan orang berada, aku datang dari golongan yang sederhana, walaupun sederhana, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku miliki hingga kini. cita cita aku ialah, aku ingin menjadi insan yang cemerlang dan berguna pada masyarakat serta negara.selain itu, apabila aku sudah berjaya kelak, aku akan membantu ibu bapa aku serta aku akan menjaga nya seperti mana mereka menjaga aku ketika aku kecl hingga aku dewasa dan mengerti tentang apa itu  erti KEHIDUPAN.
jadi walau apa pun yang berlaku, aku tetap berusaha dan berdoa  serta bertawakal agar urusan urusan aku di dunia ini dipermudahkan oleh Allah s.w.t
amin.

*kita semua tahu bahawa tiada seorang manusia pun yang sempurna dari segi apa pun & tiada seorang manusia pun yang mengatakan bahawa diri nya ter amat amat sempurna, & dengan itu kita sebagai manusia di muka bumi ini haruslah memperbaiki & memperbaharui sikap sikap mahupun tugas yang kita laksanakan agar ianya menjadi sempurna*
~wassalam~
#icak92#